google-site-verification: googlea4a7fe2b0acbf728.html
Univilla Homestay Tawau menyediakan penginapan yang luas dan selesa yang boleh memuatkan lebih 20 orang dalam sesuatu masa. Dengan 3 bilik air cond, kami menawarkan penginapanyang jimat dengan harga murah khusus bagi mereka yang bajet terhad. Sesuai untuk rombongan perkahwinan. Sila hubungi 013-880 4974 untuk tempahan.

LUAS DAN SELESA


3 bilik Tidur
2 Bilik Air
2 Air Cond
Muat Lebih 15 Orang Dengan Selesa
Parking Muat 3 Kereta

LOKASI STRATEGIK


10 Min Dari Kompleks Sukan Tawau
10 Minit ke Pusat Bandar Tawau
5 Min dari Pasar Semarak
Kolam Air Panas Hotspring
Masjid Babus Saadah Kg Muhibbahraya
SM Vokasional/SMK Kuhara/ SK Muhibbahraya
Restoran Maskur
Klinik
Mini Market

KEMUDAHAN LENGKAP


Set Sofa
TV (Astro dan DVD Player)
Mesin Basuh & Ampaian
2 Katil Queen Size/ 1 Katil Single
Sejadah & Telekung Sembahyang
Al-Quran/Buku Taklim/Buku Ilmiah/Koleksi Majalah
Cadar Ditukar Setiap Kali Penyewa CheckOut
Hanya Menerima Penginap Dari Keluarga Muslim

KELENGKAPAN MEMASAK


Peti Sejuk
Dapur Gas
Oven
Peralatan Memasak
Cerek Elektrik, Periuk Nasi, Microwave
Pinggan Mangkuk / Sudu / Gelas / Cawan
Water Filter
Set Meja Makan

Servis Tambahan(Berdasarkan Tempahan)

 

BARBEQUE


Peralatan
Bahan Mentah
Pencicah

KERETA SEWA


Avanza Auto
Viva Auto
Diskaun 20% Untuk Penginap

EXTRA TILAM/TOTO


Extra Queen Mattress
Extra Tilam Toto
Extra Bantal/ Selimut

SERVIS TEMPAHAN/PACKAGING


Ikan Kering
Ikan basah
Daging Rusa
Udang Galah
Keropok Amplang

Testimoni

Testimoni Daripada Pelanggan Yang Berpuas Hati Dengan Servis Kami

Tahniah!!!. Kami sekeluarga sangat berpuas hati dengan keadaan homestay yang serba lengkap untuk kemudahan penghuni.

Bahan-bahan keperluan dapur yang lengkap amat kami hargai.

Begitu juga dengan bahan bacaan kitab Al-Quran serta majalah amat memuaskan.

Terbaik.

Encik Zainuddin

Kota Kinabalu

Penginapan yang selesa bagi melalui hari-hari terakhir sebelum meninggalkan MRSM Tun Mustapha, Tawau setelah 7 tahun

 

 

 

 

.

En. Yaakob Bin Uda Mat Dris

Guru, MRSM Tun Mustapha, Tawau

Tak sangka homestay ni luas sangat.

Keluarga besar macam kami dapat menginap dengan selesa.

Macam rumah sendiri. Lengkap dengan aircond, peralatan dapur, buku, majalah dan kelengkapan solat.

Terima kasih tuan rumah. Nanti kami datang lagi.

.

En Roslie Sekeluarga

Sandakan, Sabah

Kadar Penginapan

Kadar Penginapan Terbaik Untuk Homestay Yang Luas, Selesa, Lengkap & Lokasi Strategik

 

 

1-3 Hari

RM250/ Day
TEMPAH

8-10 Hari

RM210/ Day
TEMPAH

> 10 Hari

RM1XX/ Day
TEMPAH

Tempah Tarikh Anda Sekarang!

Tempah Sekarang

Tempah Tarikh Anda Sekarang

Kerenah Penyewa Univilla Homestay Tawau Musim Cuti Sekolah

Cuti Sekolah  datang lagiiii. Minggu ini adalah minggu sibuk bagi mana-mana homestay di seluruh Malaysia. Cuti sekolah kali ini Univilla Homestay Tawau dah ‘fully booked’ sejak sebulan lalu. Ada juga yang membuat tempahan homestay 2-3 bulan sebelum cuti sekolah bermula. Cuti sebenarnya bermula 19 September. Tapi penginap kali ini, En Abdullah sekeluarga dari Tenom akan mula menginap dari 18 September lagi. SOP UNIVILLA HOMESTAY Sehari sebelumnya,  iaitu pada 17 September, kami telah hantar satu whatsapp ke smartphone beliau untuk atur temujanji serahan kunci homestay. (Ini adalah sebahagian daripada SOP Univilla Homestay dimana kami akan atur temujanji penyerahan kunci sehari sebelum check-in). Namun tiada sebarang balasan dari beliau. Mungkin beliau sibuk membuat persiapan untuk perjalanan jauh ke bandar Tawau keesokan harinya. Pada pagi 18 September, sekali lagi kami whatsapp disertai dengan beberapa kali sms dan panggilan ke telefon bimbit beliau untuk mengatur masa bagi penyerahan kunci Homestay. Sekali lagi, tiada sebarang maklumbalas dari beliau. Mungkin beliau sudahpun dalam perjalanan ke Tawau. Biasanya, penginap-penginap dari sebelah pantai barat Sabah akan tiba bertolak pagi dan tiba di Tawau pada waktu petang. Jadi, kami menjangkakan bahawa En Abdullah akan check in petang. Dalam perancangan, lepas solat Jumaat, Puan Hafizah akan ‘standby’ di Homestay bagi menyambut kedatangan beliau sekeluarga. EN ABDULLAH BUAT ‘SURPRISE’ Tiba-tiba sekitar jam 11.00 pagi, saya telah terima satu panggilan yang mengejutkan…. “Selamat Pagi. Saya Abdullah. Yang booking Homestay tu bah. Sekarang saya dah sampai di depan pagar Homestay ni. Mau ambil kunci Homestay” Ohhh… Tidaaaaaakk !!!!!!! Buat pertama kalinya, penyewa homestay tiba tanpa sebarang temujanji. Puan Hafizah pulak berada di luar kawasan atas urusan peribadi kerana menjangkakan penyewa akan tiba...

Master Bedroom Premium Univilla Homestay Tawau

Anda mencari homestay tawau yang luas dan selesa? Bandar Tawau bukanlah bandar yang paling utama di negeri Sabah. Mungkin pengunjung ke bandar Tawau tidak menjangkakan bahawa di Tawau terdapat homestay yang begitu selesa dan luas. Kebanyakan homestay di Tawau hanya mempunyai ciri-ciri yang biasa-biasa saja. Atau dengan kata lain, asalkan ada tempat untuk bermalam. Namun, Univilla Homestay menyediakan ciri-ciri premium kepada penginap. Dalam ‘post’ ini, kami hanya fokus kepada ciri-ciri premium di master bedroom sahaja. Berikut adalah ciri-ciri premium dalam Master Bedroom Univilla Homestay; 1. Air Cond 2. Kipas Remote Control 3. Kabinet pakaian 4. Tingkap untuk pengudaraan 5. Cadar dan selimut berkualiti. 6. Ciri istimewa – ‘Hidden Toilet’ Ramai penginap sebelum ini yang tak perasan pintu tandas master bedroom kerana akses masuk ke tandas kelihatan seperti Almari kabinet. Univilla Homestay: Homestay Tawau Dengan Ubahsuai Premium Dengan Harga...

Video Univilla Homestay Tawau

Univilla Homestay Tawau General View Khas untuk anda yang ingin melihat secara live keadaan sebenar Univilla Homestay, kami paparkan dalam bentuk video. Saksikan sendiri secara live gambaran keluasan dan keselesaan Univilla Homestay Tawau. Ia 100% seperti yang anda lihat dalam gambar-gambar homestay sebelum ini. Oleh itu, tagline homestay kami, iaitu ‘Luas & Selesa’ memang bertepatan dengan keadaan sebenar homestay. Namun jika masih tak berpuas hati dan ingin melihat sendiri sebelum buat keputusan untuk menyewa, tiada masalah. Kami boleh aturkan temujanji untuk ‘mini tour’ ke homestay kami. Jika anda berada di luar tawau, boleh juga wakilkan ahli keluarga atau kawan-kawan yang berada di Tawau untuk sesi ‘mini tour’...

Sabun Mandi Jenama Univilla Homestay Area Tawau

SABUN MANDI HOMESTAY JENAMA SENDIRI Sebelum ni, setiap kali ada tetamu, mereka akan bawa sabun sendiri dan akan tinggalkan dalam bilik air bila checkout. Bagi sesetengah orang, berkongsi sabun adalah suatu perkara yang agak menggelikan. Maklumlah, mungkin ada yang rasa ‘elergik’ untuk gunakan sabun yang sebelum ini digunakan pada badan orang lain. Oleh itu, khas untuk keselesaan tetamu kami, kami telah ambil inisiatif untuk menyediakan sabun-sabun kecil berjenama sendiri. Tak payah susah-susah beli sabun. Rasanya, kami satu-satunya homestay area tawau yang menyediakan sabun jenama sendiri seperti ini. Kalau masa checkout, nak bawa balik 2-3 pcs sabun untuk souvineer pun boleh ja. Kalau nak buat souvineer tuala tu tak boleh la kot. Yang penting, anda semua dapat menginap homestay di tawau dengan...