google-site-verification: googlea4a7fe2b0acbf728.html
Master Bedroom Premium Univilla Homestay Tawau

Master Bedroom Premium Univilla Homestay Tawau

IMG_6076.JPG

Anda mencari homestay tawau yang luas dan selesa?

Bandar Tawau bukanlah bandar yang paling utama di negeri Sabah. Mungkin pengunjung ke bandar Tawau tidak menjangkakan bahawa di Tawau terdapat homestay yang begitu selesa dan luas. Kebanyakan homestay di Tawau hanya mempunyai ciri-ciri yang biasa-biasa saja. Atau dengan kata lain, asalkan ada tempat untuk bermalam.

Namun, Univilla Homestay menyediakan ciri-ciri premium kepada penginap. Dalam ‘post’ ini, kami hanya fokus kepada ciri-ciri premium di master bedroom sahaja. Berikut adalah ciri-ciri premium dalam Master Bedroom Univilla Homestay;

1. Air Cond
2. Kipas Remote Control
3. Kabinet pakaian
4. Tingkap untuk pengudaraan
5. Cadar dan selimut berkualiti.
6. Ciri istimewa – ‘Hidden Toilet’

Ramai penginap sebelum ini yang tak perasan pintu tandas master bedroom kerana akses masuk ke tandas kelihatan seperti Almari kabinet.

Univilla Homestay: Homestay Tawau Dengan Ubahsuai Premium Dengan Harga Bajet

Video Univilla Homestay Tawau

Univilla Homestay Tawau General View

Khas untuk anda yang ingin melihat secara live keadaan sebenar Univilla Homestay, kami paparkan dalam bentuk video.
Saksikan sendiri secara live gambaran keluasan dan keselesaan Univilla Homestay Tawau. Ia 100% seperti yang anda lihat dalam gambar-gambar homestay sebelum ini. Oleh itu, tagline homestay kami, iaitu ‘Luas & Selesa’ memang bertepatan dengan keadaan sebenar homestay.

Namun jika masih tak berpuas hati dan ingin melihat sendiri sebelum buat keputusan untuk menyewa, tiada masalah. Kami boleh aturkan temujanji untuk ‘mini tour’ ke homestay kami. Jika anda berada di luar tawau, boleh juga wakilkan ahli keluarga atau kawan-kawan yang berada di Tawau untuk sesi ‘mini tour’ tersebut.

Sabun Mandi Jenama Univilla Homestay Area Tawau

Sabun Mandi Jenama Univilla Homestay Area Tawau

SABUN MANDI HOMESTAY JENAMA SENDIRI
Sebelum ni, setiap kali ada tetamu, mereka akan bawa sabun sendiri dan akan tinggalkan dalam bilik air bila checkout. Bagi sesetengah orang, berkongsi sabun adalah suatu perkara yang agak menggelikan. Maklumlah, mungkin ada yang rasa ‘elergik’ untuk gunakan sabun yang sebelum ini digunakan pada badan orang lain.
Oleh itu, khas untuk keselesaan tetamu kami, kami telah ambil inisiatif untuk menyediakan sabun-sabun kecil berjenama sendiri. Tak payah susah-susah beli sabun. Rasanya, kami satu-satunya homestay area tawau yang menyediakan sabun jenama sendiri seperti ini.
Kalau masa checkout, nak bawa balik 2-3 pcs sabun untuk souvineer pun boleh ja. Kalau nak buat souvineer tuala tu tak boleh la kot. Yang penting, anda semua dapat menginap homestay di tawau dengan selesa.

sabun mandi homestay tawau

Ruang Tamu Univilla Homestay Tawau Yang Luas Dan Selesa

Ruang Tamu Univilla Homestay Tawau Yang Luas Dan Selesa

Gambar eksklusif ruang tamu Univilla Homestay Tawau. Biasanya penginap homestay akan datang dengan beberapa keluarga. Ruang tamu yang sempit akan menyebabkan ketidakselesaan kepada penginap. Cuba perhatikan sendiri keluasan ruang tamu homestay ini. Kalau keluarga besar yang menginap, 15 belas orang boleh berguling-guling di ruang tamu dengan selesa kerana kami juga menyediakan tambahan tilam queen dan beberapa selimut toto dan bantal tanpa sebarang caj tambahan. Khas untuk keselesaan penginap.

Bahkan, penginap juga boleh menerima tetamu lain yang ingin berziarah. Oleh itu, kami sengaja tidak menyediakan peralatan dan perabot berlebihan di ruang tamu bagi mengekalkan ruangan yang selesa ni.

Kalau nak wakilkan keluarga dan rakan-rakan di Tawau untuk meninjau sendiri terlebih dulu keadaan homestay pun boleh. Kita buat temujanji dan buat ‘mini tour’ bagi memastikan keadaan dalam homestay sama macam dalam gambar.

Kami juga ada menyediakan butang BOOK NOW di facebook page homestay tawau. Kalau nak senang, terus Call/whatsapp/sms kami di 013-8804974 untuk tempahan atau sekadar ingin bertanya. Insyaallah kami layan.

 

Homestay Tawau Luas