google-site-verification: googlea4a7fe2b0acbf728.html

Video Univilla Homestay Tawau

Univilla Homestay Tawau General View

Khas untuk anda yang ingin melihat secara live keadaan sebenar Univilla Homestay, kami paparkan dalam bentuk video.
Saksikan sendiri secara live gambaran keluasan dan keselesaan Univilla Homestay Tawau. Ia 100% seperti yang anda lihat dalam gambar-gambar homestay sebelum ini. Oleh itu, tagline homestay kami, iaitu ‘Luas & Selesa’ memang bertepatan dengan keadaan sebenar homestay.

Namun jika masih tak berpuas hati dan ingin melihat sendiri sebelum buat keputusan untuk menyewa, tiada masalah. Kami boleh aturkan temujanji untuk ‘mini tour’ ke homestay kami. Jika anda berada di luar tawau, boleh juga wakilkan ahli keluarga atau kawan-kawan yang berada di Tawau untuk sesi ‘mini tour’ tersebut.

Sabun Mandi Jenama Univilla Homestay Area Tawau

Sabun Mandi Jenama Univilla Homestay Area Tawau

SABUN MANDI HOMESTAY JENAMA SENDIRI
Sebelum ni, setiap kali ada tetamu, mereka akan bawa sabun sendiri dan akan tinggalkan dalam bilik air bila checkout. Bagi sesetengah orang, berkongsi sabun adalah suatu perkara yang agak menggelikan. Maklumlah, mungkin ada yang rasa ‘elergik’ untuk gunakan sabun yang sebelum ini digunakan pada badan orang lain.
Oleh itu, khas untuk keselesaan tetamu kami, kami telah ambil inisiatif untuk menyediakan sabun-sabun kecil berjenama sendiri. Tak payah susah-susah beli sabun. Rasanya, kami satu-satunya homestay area tawau yang menyediakan sabun jenama sendiri seperti ini.
Kalau masa checkout, nak bawa balik 2-3 pcs sabun untuk souvineer pun boleh ja. Kalau nak buat souvineer tuala tu tak boleh la kot. Yang penting, anda semua dapat menginap homestay di tawau dengan selesa.

sabun mandi homestay tawau