google-site-verification: googlea4a7fe2b0acbf728.html

Kerenah Penyewa Univilla Homestay Tawau Musim Cuti Sekolah

Kerenah Penyewa Univilla Homestay Tawau Musim Cuti Sekolah

Cuti Sekolah  datang lagiiii.

Minggu ini adalah minggu sibuk bagi mana-mana homestay di seluruh Malaysia. Cuti sekolah kali ini Univilla Homestay Tawau dah ‘fully booked’ sejak sebulan lalu. Ada juga yang membuat tempahan homestay 2-3 bulan sebelum cuti sekolah bermula. Cuti sebenarnya bermula 19 September. Tapi penginap kali ini, En Abdullah sekeluarga dari Tenom akan mula menginap dari 18 September lagi.

SOP UNIVILLA HOMESTAY

Sehari sebelumnya,  iaitu pada 17 September, kami telah hantar satu whatsapp ke smartphone beliau untuk atur temujanji serahan kunci homestay. (Ini adalah sebahagian daripada SOP Univilla Homestay dimana kami akan atur temujanji penyerahan kunci sehari sebelum check-in). Namun tiada sebarang balasan dari beliau. Mungkin beliau sibuk membuat persiapan untuk perjalanan jauh ke bandar Tawau keesokan harinya.

Pada pagi 18 September, sekali lagi kami whatsapp disertai dengan beberapa kali sms dan panggilan ke telefon bimbit beliau untuk mengatur masa bagi penyerahan kunci Homestay. Sekali lagi, tiada sebarang maklumbalas dari beliau. Mungkin beliau sudahpun dalam perjalanan ke Tawau.

whatsapp univilla homestay tawau

Biasanya, penginap-penginap dari sebelah pantai barat Sabah akan tiba bertolak pagi dan tiba di Tawau pada waktu petang. Jadi, kami menjangkakan bahawa En Abdullah akan check in petang. Dalam perancangan, lepas solat Jumaat, Puan Hafizah akan ‘standby’ di Homestay bagi menyambut kedatangan beliau sekeluarga.

EN ABDULLAH BUAT ‘SURPRISE’

Tiba-tiba sekitar jam 11.00 pagi, saya telah terima satu panggilan yang mengejutkan….

“Selamat Pagi. Saya Abdullah. Yang booking Homestay tu bah. Sekarang saya dah sampai di depan pagar Homestay ni. Mau ambil kunci Homestay”

Ohhh… Tidaaaaaakk !!!!!!!

Buat pertama kalinya, penyewa homestay tiba tanpa sebarang temujanji. Puan Hafizah pulak berada di luar kawasan atas urusan peribadi kerana menjangkakan penyewa akan tiba paling awal selepas solat jumaat.

SKILL PERHUBUNGAN PELANGGAN

Pihak Homestay telah menguruskan tempahan En Abdullah ini mengikut SOP. Namun mungkin kerana beliau terlepas pandang sms/whatsapp/misscall, beliau tidak dapat membuat temujanji untuk serahan kunci.

Dari satu segi, semua ini berpunca dari masalah komunikasi. Namun situasi ini perlu diuruskan sebaik mungkin. Kalau diikutkan, waktu check in bagi Univilla Homestay ialah jam 2.00 petang dan waktu check out ialah jam 12.00 tengah hari. Namun biasanya pihak Homestay tidak berkira sangat jika penginap nak check in awal sikit atau nak check out lewat sikit. Asalkan tidak ada penginap lain sebelum atau selepas waktu tersebut. Sesetengah homestay, mereka akan kenakan caj tambahan bagi setiap jam.

Syukur Alhamdulillah dialog melalui telefon berikut berjaya mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini.

“En Abdullah. Sebenarnya waktu check in sepatutnya jam 2.00 petang, sekarang baru jam 11 pagi. Kalau En. Abdullah inform awal, tiada masalah bagi kami jika nak check in awal. Lagipun kami dah whatsapp En Abdullah semalam tanya tentang waktu untuk check in, tapi En. Abdullah tak reply. Padi tadi pun kami ada sms dan call, tapi tiada respons. Jadi kami anggap En Abdullah akan check in seperti waktu operasi Homestay, iaitu  jam 2.00 petang. Tapi, takpe. Saya akan minta pengurus Homestay, untuk segera buat serahan kunci paling lewat selepas solat Jumaat, sekitar Jam 1 petang. Sementara tu, saya cadangkan, En. Abdullah singgah Restoran Maskur di barisan lot kedai Taman Univilla ini dulu untuk makan tengahhari. Sambil-sambil tu, boleh rasa sendiri sup istimewa tawau yang top sejak sekian lama. Setiap pengunjung ke bandar Tawau, WAJIB rasa sup Maskur ni”

Alhamdulillah, beliau faham situasi yang berlaku. Selain itu, pukulan istimewa sup Maskur juga turut membantu meredakan situasi luar jangka ini dan mereka sekeluarga menunggu dengan penuh kesabaran sehingga pengurus homestay tiba jam 1 petang.

MASALAH MASA CHECK IN

Sejurus selepas check in, dalam keadaan panas tengah hari dengan cuaca sedikit jerebu, kami dapat call, dari en Abdullah..

“Air Cond tak sejuk!!”

Sangat menghairankan. Air Cond bilik tersebut baru saja servis belum sampai sebulan. Takkan dah habis gas?

Puan Hafizah yang baru sahaja selesai mengatur urusan serah kunci dan dalam perjalanan balik ke rumah, terpaksa berpatah balik sambil dan terus menghubungi ‘Aircond Servis’. Rupanya ada masalah pada sensor AirCond. Masalah air cond settle dalam masa yang singkat.

MASALAH LAGI..

Sejam kemudian, dalam kedinginan Air Cond jenama Panasinic di master bedroom, En Abdullah sekali lagi membuat panggilan..

“gas memasak habis!!!”

Kebetulan pengurus Homestay ada urusan lain ketika itu. Namun beliau sempat menghubungi pembekal tong gas berdekatan. Sementara menunggu tong gas, En Abdullah sekeluarga meneruskan kerja-kerja menggoreng dengan menggunakan dapur elektrik yang memang disediakan khas untuk penginap sebagai ‘back up’ jika gas habis secara tiba-tiba seperti ini.

Fuhh…

Bukan senang mengurus Homestay ni rupanya. Penyewa perlu diberikan layanan sebaik mungkin supaya selesa sepanjang penginapan. Sebarang masalah yang timbul, perlu diselesaikan dengan secepat dan sebaik mungkin. Untuk itu, team pengurusan Homestay perlu cekap, sentiasa berkomunikasi dengan berkesan dan bertindak pantas menyelesaikan sebarang masalah-masalah yang timbul.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan trima kasih kepada En Abdullah sekeluarga yang menginap selama 2 malam dari 18-19 September 2015. Terima kasih juga atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang penginapan. Homestay juga berada dalam keadaan yang terbaik semasa check-out.

Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang penginapan. Kami sudah berikan servis yang terbaik.

Semasa check-out, kami ingatkan beliau tak berpuas hati dengan Univilla Homestay disebabkan beberapa masalah yang berlaku diluar jangkaan pada hari pertama menginap. Namun kami dapati, beliau menerimanya dengan hati terbuka dan seterusnya meninggalkan komen yang baik dalam ‘Guest Book’.

Semoga En. Abdullah sudi untuk berkunjung lagi ke Homestay kami di masa yang akan datang.

testimoni homestay tawau

En Abdullah Tenom

1 Comment

  1. Kunci penyelesaiaannya ialah komunikasi..kalau betul cara komunikasinya Insyaa Allah pelanggan akan senyum je walaupun ada masalah..?

    Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *