google-site-verification: googlea4a7fe2b0acbf728.html

Mengenai Kami

Logo

 

 

homestay tawau harga bajet

Univilla Homestay Tawau terletak di Taman Univilla, Jalan Kuhara, Tawau. Terletak berdekatan dengan kompleks sukan tawau. Taman perumahan ini siap dibina pada tahun 2006. Pemilik homestay pernah tinggal sendiri di rumah ini sejak tahun 2006-2014.  Sedikit demi sedikit, homestay ini telah diubahsuai untuk keselesaan tuan rumah.

Pada tahun 2014, tuan rumah telah berhijrah ke semenanjung. Namun oleh kerana ingin mengelakkan rumah yang cantik ini daripada mengalami kerosakan akibat disewakan kepada orang lain, maka timbul idea untuk buat homestay.

Univilla Homestay, adalah homestay yang memang lengkap dengan segala kemudahan dengan mengekalkan pengubahsuaian asal. Tidak hairanlah jika homestay ini begitu kemas dan selesa kerana ia adalah asalnya rumah yang didiami sendiri oleh tuan rumah. Oleh itu, penginap akan rasa begitu selesa seperti berada di rumah sendiri.

Patut la sebelum ni, pernah beberapa orang penginap homestay yang bertanya.. ‘tak nak jual ke rumah ni?’ :)